AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK DI PULAU PINANG

1. ESCAPE THEME PARK







                          Sumber: WeekendNotes


Jika anda adalah seorang yang meminati aktiviti lasak, maka tempat ini sangat sesuai untuk anda memuaskan nafsu lasak anda itu! Terdapat pelbagai aktiviti menarik di lokasi ini yang sesuai untuk semua peringkat usia, tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak, seperti Go Bananas, Aerobat, Jungle Swinger & Flying Lemur untuk dicuba. Anda boleh lihat peta ini ataupun kunjungi terus laman web Escape Theme Park untuk maklumat terperinci berkenaan aktiviti yang ada dan kriteria untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

Bayaran Masuk: Bayi (0-3 tahun): Percuma (Wajib ada teman yang masuk berbayar)
                                Kanak-kanak (4-12 tahun): RM55
                                Dewasa (13-60 tahun): RM83
                                Warga Emas (61 tahun ke atas): Percuma (Wajib ada teman yang masuk berbayar)
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9:00 pagi – 6:00 petang (Tutup setiap hari Isnin)
Lokasi: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang


2. TAMAN NEGARA PENANG

                         Sumber: NRE
  Kepada yang berkunjung ke Pulau Pinang untuk melarikan diri daripada suasana kota, taman negara ini sememangnya adalah lokasi yang bagus. Di sini terdapat kawasan untuk jungle trekking, berkhemah, memancing, dan menangkap gambar.  Ianya juga dihuni oleh lebih 1000 jenis spesies tumbuh-tumbuhan.
Bayaran Masuk: Percuma (Anda hanya perlu mendaftar di pintu masuk dan mendapatkan permit),                                           kecuali Canopy Walkway.
                                Untuk Canopy Walkway:
                                Dewasa: RM5.00
                                Kanak-kanak: RM3.00
Waktu Operasi: 8.00pagi - 5.00petang
Lokasi: Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau                      Pinang,



3. PENANG WATER SPORT CENTRE


                         Sumber: ii

Penang Water Sports Centre ialah tarikan pelancongan yang popular di Pulau Pinang.Ia adal
Penang Water Sports Centre ialah tarikan pelancongan yang popular di Pulau Pinang. 
Ia adalah destinasi yang harus dikunjungi bagi peminat aktiviti sukan air. Pusat sukan air 
persendirian ini menawarkan berbagai aktiviti seperti bola tampar pantai, bolasepak pantai, 
memancing, kayak, canoe dan bot. Kemudahan yang disediakan termasuk bilik mandi, tapak 
perkhemahan dan hostel.
Lokasi: Bayview Beach Resort, 339, Jalan Teluk Bahang, Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu                   Ferringhi, Pulau Pinang,


Sumber dari aliff 


Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

TEMPAT MAKANAN SEDAP & BEST DI PULAU PINANG

PETA TEMPAT