TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG
1. Padang Kota Lama
Sumber: says
Padang Kota Lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British untuk tempat berkumpul dan berarak. Terletak dalam kawasan the Espelande, Padang Kota Lama tempat terawal di tubuhkan di George Town. Kerana ia berhampiran dengan laut anda dapat merasa tiupan angin laut yang nyaman sambil berjalan di padang ini.
Lokasi: Padang Kota Lama, George Town, 10450 Pulau Pinang.
2. Bukit Bendera
Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus anda lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.
Untuk ke puncak anda tidak perlu berjalan kerana anda boleh menaiki funicular train service. Banyak aktivit menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi.
Lokasi: 422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.
Tahukah anda Seniman Negara yang terkenal P. Ramlee telah berasal dari negeri Pulau Pinang? Rumah P.Ramlee dipelihara hingga ke hari ini dan jika anda mahu mengenali seniman kesayangan negara kita jangan lupa untuk singgah sebentar.
Masuk kedalam anda dapat mendengar lagu beliau di mainkan tanpa henti dan di setiap pelusuk rumah tersebut dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri filem dan musik tanah air.
Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 5.30)
Lokasi: Lot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang.
Mungkin anda sudah melihat gambar 3D Art Trick Museum Pulau Pinang ini di kongsi di media sosial. Didalam rumah 3D ini anda dapat melihat berbagai lukisan yang dapat mengelirukan mata yang memandan. Sesiapa yang suka bergambar pastikan anda singgah ke rumah ini.
Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM25
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)
Lokasi: 10 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang.
5. PENANG STREET ART
Sumber: Travel2penang
Berjalan melalui jalan-jalan Georgetown bertambah sedikit lebih menarik, pada tahun 2012 Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengupah artis Lithuania, Ernest Zacharevic dan memberi nafas baru ke dalam beberapa rumah kedai yang beratmosfera Cina di sekitar dalam bandar. Usaha untuk melahirkan kesedaran sejarah yang kaya dengan lukisan sekitar jalan-jalan, projek itu merupakan satu kejayaan dengan Zacharevic beralih kawasan tertentu dan ianya berkembang maju menjadi destinasi pelancongan yang juga menjadi buah mulut yang menarik perhatian di kalangan penduduk tempatan dan menjadi tempat menarik di Penang. Hasil kerja beliau boleh dilihat di jalan-jalan seperti Muntri Street, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street, Ah Quee Street dan banyak lagi.
Sumber dari MaiSinggah
Comments
Post a Comment