PETA TEMPAT



Pulau Pinang (檳城) merupakan negeri di Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka (lihat peta) iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia.

Nama pulau Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang.
Pulau Pinang mempunyai KDNK per kapita yang kedua tertinggi, iaitu RM 33456 pada tahun 2010 di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu RM 55951.

Negeri Pulau Pinang juga merupakan negeri majoriti penduduk Cina di Malaysia. Di sini juga menjadi Chinatown utama negara Malaysia. Larian Jambatan Pulau Pinang juga dianjurkan setiap tahun di Pulau Pinang ini. Perjalanannya ialah pergi dan pusing balik di atas jambatan jam bermula awal pagi.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang

Comments

Popular posts from this blog

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

TEMPAT MAKANAN SEDAP & BEST DI PULAU PINANG