TEMPAT MAKANAN SEDAP & BEST DI PULAU PINANG
Sumber: TravelMalaysia
Di Gurney Drive Hawker Centre terkenal dengan pasemburnya yang paling famous dan diberi nama “Pasembur Menari”. Kenapa menari? Sebab pasembur dihidangkan oleh pemilik gerai yang memotong pasembur sambil menari. Anda pasti akan terhibur. Terdapat pelbagai pilihan campuran pasembur seperti udang goreng, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, tempe dan banyak lagi. Ditambah pula dengan kuahnya yang pedas-pedas manis bersama hirisan timun dan sengkuang. Wow memang terbaik!
Waktu Operasi: 4.00 petang - 12.00 malam
Lokasi: Gerai no. 9, Anjung Gurney, George Town, 10250 Pulau Pinang,
2. NASI KANDAR BERATUR
Sumber: you and i penang
Kalau anda jenis yang lapar pada waktu malam dan tidak tahu hendak makan di mana. Datanglah ke gerai Nasi Kandar Beratur ini kerana gerai ini mula beroperasi pada pukul 10.00 malam. Jika anda datang tepat pada waktu gerai dibuka, jangan terkejut jika anda terpaksa beratur panjang kerana gerai ini sudah menjadi tempat favourite orang ramai untuk makan malam. Pelbagai pilihan lauk yang boleh anda pilih dari ayam goreng, kari ayam, kari daging, kari sotong, sayur, dan bermacam-macam lagi.
Nombor Telefon: +60 4-261 3984
Waktu Operasi: 10.00malam - 9.00pagi
Lokasi: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town, 10300 Pulau Pinang,
3. NASI 7 BENUA KOO BOO CAFE
Sumber: Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe
Menariknya kafe ini ialah menghidangkan 7 jenis nasi dalam satu pinggan. Ianya terdiri daripada nasi minyak, nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi putih, dan nasi kacang. Untuk lauk pula, anda bebas memilih lauk kegemarana anda. Oleh kerana itu menu istimewa ini dipanggil nasi 7 benua. Di samping itu, anda boleh menikmati minuman percuma iaitu sirap dan teh O ais. Bagi yang pertama kali merasa nasi 7 benua ini pasti akan teruja!
Nombor Telefon: +60 17-439 7617
Waktu Operasi: 11.00pagi - 10.00malam ( Ahad Tutup )
Lokasi: Taman Tunas Muda, 11900 Bayan Lepas, Penang,
4. HAMEED PATA MEE GORENG
Sumber: misszin
Hameed Pata Mee Goreng ialah antara tempat yang menyediakan mee goreng yang sedap di Pulau Pinang. Mee Goreng Sotong ialah antara menu istimewa di sini dan dihidangkan dalam portion yang banyak. Mee digoreng dan digaul dengan perencah asli Hameed Pata. Sambal sotongnya rasa pedas dan sedikit manis.
Nombor Telefon: +60 13-431 9384
Waktu Operasi: 11.30pagi - 8.00malam ( Ahad Tutup )
Lokasi: 19, Lebuh Pantai, George Town, Pulau Pinang
5. RESTORAN SUP HAMEED
Sumber: tbwlbites
Restoran Sup Hameed menyediakan sup yang terbaik di Pulau Pinang. Di sini orang ramai menggelarkannya dengan gelaran ‘best soup in town’. Setiap hidangan sup disediakan bersama roti benggali. Belum sempat suapan pertama masuk ke dalam mulut, anda akan terbau aroma sup yang menusuk hidung. Tambahan pula bila dihirup, rasanya seakan menyentap. Sangat sedap! Sesuai untuk sesiapa yang sukakan makanan yang ringkas, cepat dan mengenyangkan.
Nombor Telefon: +60 4-261 8007
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 3.00 pagi (22 Jam)
Lokasi: 48, Jalan Penang, George Town, 10000 Pulau Pinang,
Comments
Post a Comment